Sunday, July 5, 2009

Angkatannn??!!! MUDA!!

Shah Alam, 4-5 Julai tadi berlangsung Kursus Perdana Siri 1 Kepimpinan AMK Malaysia di Hotel Carlton Holiday. Program yang berlangsung meriah dan sukses ini dihadiri oleh ramai pimpinan muda di peringkat Cabang di seluruh negara. tahniah dan syabas kepada penganjur dan adalah menjadi harapan anak muda kursus kursus seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi bagi melatih dan membimbing anak muda PKR menjadi pejuang & pemimpin yang lebih teguh peribadi dan jiwa mereka.
Konsep ESQ yang diterapkan di dalam kursus ini amat memberi kesan yg positif kepada semua peserta untuk memperbaiki kelemahan diri dan seterusnya memajukan parti kita. Kesemua peserta amat berpuas hati dan gembira dengan kursus sebegini hingga ada yg tidak kisah jika disambung lagi satu hari. Tahniah pada semua peserta. Anda yg terbaik. Saya sayang anda!!

Tuesday, May 5, 2009

KeAdilan BTP

KeADILan Bandar Tasik Puteri
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT
Harapan Baru
Tarikh: 9 Mei 2009
Tempat: Putri Central Park, Bandar Tasik Puteri,, Rawang
Masa: 4 petang - malam
Tetamu Khas: Presiden PKR

Semua dijemput hadir.

Tuesday, April 21, 2009

Program 10 tahun KeAdilan ditunda!!

dipetik drpd blog pkrbtp'

"mohon maklum bahawa majlis MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN & MAJLIS MENGENANG JASA PENGASAS yang sepatutnya diadakan pada 26 April 2009 adalah ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Terima kasih atas sokongan dan dorongan
Harap Maklum"

Sunday, April 12, 2009

Bandar Tasik Puteri, 12 April 2009
Sdr Hamdan, Setiausaha JDM Bandar Tasik Puteri hari menjemput semua untuk hadir ke Sambutan 10 tahun KeAdilan dan Majlis Bersama Pengasas pada:
Ahad
26 April 2009
2 petang hingga 12 t/mlm
tempat di Puteri Sentral Park, Bandar Tasik Puteri,Rawang
Tetamu dijangka hadir Dato Sri Anwar Ibrahim, Dato Sri Wan Azizah serta semua pengasas yang lain.
sekian dimaklumkan.

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah


Parti Keadilan Rakyat Bahagian Selayang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Calon-Calon PRK di Bukit Gantang & Bukit Selambau atas kemenangan besar di sana. Juga kepada calon kita yang tewas di Batang Ai, Tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa kita mendapat sokongan kuat di Sarawak.Bahagian Selayang berpendapat jika tempoh kempen lebih lama atau jika PRK di Batang Ai diadakan lebih lewat tentu saja jentera kita dapat bergerak lancar dan seterusnya menjamin kemengana kita di sana. Jangan khuatir, Keadilan akan tetap melebarkan sayap dan pengaruhnya di Sabah & Sarawak.

Kepada semua petugas Bahagian Selayang juga mengucapkan setinggi tinggi syabas dan tahniah. Terima kasih teramat tinggi daripada Bahagian Selayang buat semua petugas-petugas.

Wednesday, January 28, 2009

Gotong Royong

Kg.Gombak, Kuang
Pada 10 Januari 2009 yg lalu bertempat di Kg Gombak, Kuang telah berjalan acara sosial & khidmat masyarakat yang menekankan nilai-nilai murni dan saling tolong menolong. Program yg dimaksudkan adalah program bergotong-royong membersihkan dan mengindahkan Kg.Gombak.
Selain dapat mencegah penyakit bawaan nyamuk, gotong royong ini juga dapat mengeratkan tali perpaduan antara penduduk serta menunjukkan kpd rakyat bhw Pakatan Rakyat khususnya keadilan sangat komited dalam membela & menjaga kebajikan rakyat.

Sunday, January 4, 2009

Sinar Harian

Kuang, 5 Januari 2009
Akhbar suara cakna komuniti anda, Sinar Harian edisi Isnin 5 Januari 2009 ada menyiarkan berita bergambar program Bengkel Usahawan di mukasurat S9.
Manakala berita perlawanan akhir Piala Menteri Besar ada dimuatkan di muka surat S30 akhbar yang sama.
Terima kasih Sinar Harian.