Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Selayang dengan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua warga Malaysia khususnya penduduk di Bahagian Selayang. Moga tahun baru 2009 nanti akan membawa Harapan Baru yang yang membahagiakan semua rakyat Malaysia.
Tahun 2009 nanti juga Parti Keadilan Rakyat Bahagian Selayang akan bergerak lebih mantap dan hebat untuk mengadakan program-program untuk rakyat dan Parti khususnya.

SELAMAT TAHUN BARU 2009.

Mesyuarat Bahagian Selayang

Kuang,
Mesyuarat Bahagian Selayang pada 1/1/2009 jam 8.30 malam.
Tempat di Tingkat 1, No 6, Jalan 11, Selayang Baru (atas Kedai Foto Zoom).

Juga kempen derma darah pada 1/1/2009 ditangguhkan ke tarikh yang sama dengan karnival Rakyat Dun Kuang.

Sunday, December 28, 2008

Bengkel Usahawan Franchise

Kuang,

Bengkel Keusahawanan Dalam Sistem Franchise pada 1 Januari 2009 di Dewan JKKK Kg.Setia, Kuang jam 9.30 pagi. Modal, Produk, Latihan, A&P dan tapak disediakan. Berminat sila sms nama, no.k/p, atau hubungi sdr Azman Yaakob di 019-2212422. Cepat daftar!!! Tempat terhad..hanya 50 peserta terawal diterima!!

Menarik Sekitar Jalanthon 08



Peserta-peserta kategori Dewasa Perempuan menyaksikan penyertaan ramai. Anak kecil turut sama berjalan memeriahkan acara.

Menarik Sekitar Jalanthon 08


Dua peserta Jalanthon DUN Kuang kategori Wanita Dewasa

JALANTHON DI KUANG (Laporan)




Kg Chempedak, Kuang 28 Dis.08

Jalanthon DUN Kuang 2008 anjuran JDM Kg Gombak berjalan gemilang hari ini dengan penyertaan lebih seratus orang.
Upacara pelepasan peserta dirasmikan oleh YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang. Manakala, upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Puan Rodziah bt Ismail, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.




Tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Syabas kepada Jawatankuasa Penganjur yang berjaya melaksanakan program dengan jayanya. Moga-moga acara ini dapat dijadikan acara tahunan.

Wednesday, December 24, 2008

Karnival Rakyat 2008- ditangguh

Kuang,

Karnival Rakyat yg sepatutnya diadakan pd 1 Januari 2009 akan ditangguhkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
karnival Rakyat tersebut dijangka akan diadakan pd 8 Mac 2009 nanti.

Walaubagaimanapun, program pd 1 Januari 2009 tetap diteruskan dengan penganjuran "Bengkel Usahawan" dan kempen Derma Darah.

Penyertaan masih dibuka bagi golongan belia dan semua yang berminat untuk mendalami bidang usahawan dan perniagaan bagi menyertai bengkel tersebut.

sebarang maklumat boleh hubungi sdr Azman di talian 017-3992647 @ 019-2212422

JALANTHON DI KUANG

Kuang,

Satu program sukan jalan kaki "Jalanthon" anjuran PKR DUN Kuang kelolaan JDM Kg.Gombak akan diadakan pada 28 Disember 2008.

Acara akan bermula seawal jam 7 pagi.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk semua pemenang.

Tshirt percuma juga disediakan!!!

Penyertaan masih dibuka!!!

hubungi sdr Zabidi utk maklumat lanjut di no.012-2803717.

Ingat!!! Jalanthon di Kuang pd 28/12/08 nanti!!

Wednesday, December 3, 2008

Check out KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Hi,

I want you to take a look at : KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Check out KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Hi,

I want you to take a look at : KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Mesyuarat KeADILan Dun Kuang 5

Kg.Setia

Mesyuarat Keadilan DUN Kuang yang kelima akan diadakan pada 4 December 2008 jam 8.30 malam di Dewan JKKK Kg. Setia, Kuang.

Semua AJK diwajibkan hadir.

Sunday, November 30, 2008

Sekitar Kongres Nasional 2008


Perwakilan Selayang bergambar kenangan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada YAB Dato MB

Perwakilan Selayang ke Kongres Wanita & AMK 2008


Wednesday, November 26, 2008

Karnival Rakyat 2008

Kg Setia

Karnival Rakyat 2008 akan menemui semua rakyat pada 1 Januari 2009 nanti di Padang Awam Kg Setia, Kuang.

Bermacam-macam acara menarik disediakan dari awal pagi hingga ke malam yang kemuncaknya adalah ceramah perdana.

Gerai jualan pelbagai barangan dan produk juga disediakan.

Kempen derma darah juga berlangsung pada hari yang sama di Balai Penghulu Kg Setia.

INGAT!! 1 Januari 2009 nanti. Jumpa di sanaaaaaa

Konvensyen Pakatan Rakyat

Kuang,

Konvensyen Pakatan Rakyat Parlimen Selayang

Tarikh: 3 Januari 2009
Tempat: Bukit Rahman Putra Golf Club
Dirasmikan oleh : YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Pengenalan
-----------
Menghadapi cabaran politik semasa yang semakin mencabar dan usaha mengekalkan kemenangan, satu usaha bersepadu haruslah diambil untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama di kalangan Parti Gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS & DAP.

Usaha ini haruslah dilihat dari perspektif yang lebih jelas dan skop yang luas dengan menghimpun dan mengumpulkan satu penyertaan yang besar dalam satu masa dengan perkongsian ilmu untuk terus berjuang dan menetapkan hala tuju perjuangan yang betul kepada setiap peserta yang akan menyertai konvensyen itu nanti.

Maka dengan itu satu usaha untuk merealisasikan perhimpunan yang dinamakan "KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT" haruslah dijadikan agenda berterusan dari masa ke semasa.

SIAPA WAJIB HADIR!
Semua pemimpin, AJK dan semua ahli PKR, PAS dan DAP di semua peringkat Bahagian dan Cawangan.

Daftar Segera!! Tempat Terhad!!

Bayaran pendaftaran hanya RM30.00 sahaja.

Pendaftaran dan pertanyaan sila majukan kepada:
Sekretariat Konvensyen Pakatan Rakyat
Pusat Khidmat Masyarakat,
No.5 Lot 2425,
Jalan Kuang, Bt 18,
49050 Kuang, Selangor.
Tel: 03-6156 6722 Fax: 03-6140 5416 (Azman) 019-221 2422

Pertandingan Tarik Tali Terbuka DUN Kuang

Kg Setia,

Pertandingan Tarik Tali Terbuka DUN Kuang 2008 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 14 Disember 2008
Jam: 9 pagi
Tempat: Padang Taman Tasik Biru

Hadiah wang tunai, Piala iringan serta lain-lain hadiah menarik disediakan.

Syarat-syarat umum:-
Yuran penyertaan sebanyak RM100.00 shj setiap pasukan.
Setiap pasukan hanya diwakili seramai 10 orang
Peserta berumur lebih 21 tahun
pasukan profesional tidak dibenarkan bertanding

Lain-lain syarat & borang pendaftaran sila hubungi:-
019-221 2422 (Azman)
013-338 4043(Salleh)

DAFTAR SEGERA!!

Mesyuarat KeADILan Dun Kuang 4

Kg Baru Kundang, 26 Nov 08

Bertempat di Dewan JKKK Kg Baru Kundang mesyuarat Parti KeADILan Rakyat DUN Kuang selamat dijalankan dengan kehadiran AJK yang berkurangan mungkin akibat hujan lebat di sepanjang hari.

Walaubagaimanapun, mesyuarat bersama JDM Pengkalan Kundang turut diadakan serta penyertaan JKKK Kg Baru Kundang sebelum mesyuarat bermula.

Respons positif diberikan pada perjumpaan kali ini dengan banyak pandangan dan pendapat diutarakan dan diberikan oleh JKKK Kg Baru Kundang serta wakil Pengkalan Kundang dan Bandar Baru Kundang.

Mesyuarat mingguan seterusnya akan diadakan pada Rabu 3 Disember 2008 di Dewan JKKK Kg Setia jam 8.30 malam.

Tuesday, November 25, 2008

Kongres Nasional 2008



Kongres 2008 akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dari 28-30 November. Karnival Rakyat akan diadakan sempena Kongres di perkarangan Stadium Melawati dari 10am - 10pm Orang awam juga boleh hadir perasmian kongres pada 29 November dari 10am - 1pm di Dewan Persidangan, serta Ceramah Ketua Umum dari 9pm - 11pm pada hari dan tempat yang sama.

Monday, November 24, 2008

Kongres Nasional

Kuang,
Kongres Nasional 2008 yg akan diadakan di Shah Alam hujung minggu ini bakal menyaksikan kehadiran paling tinggi berbanding tahun-tahun terdahulu.
Anda semua adalah dijemput hadir sebagai Pemerhati Luar bagi menyaksikan perjalanan Kongres kali ini.
Untuk DUN Kuang bas ada disediakan pada hari Kongres diadakan.

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha DUN sdr Azman Yusof di no. 017-3992647.

Friday, November 21, 2008

Penting!! Perubahan Tempat Program

Kuang,
Penting!! Maklumat baru diterima drpd Puan Nora bhw Program JDM Sg Serai & Desa Kundang akan diadakan di Dewan Badminton Kg Setia Kuang.
Diulang program Karaoke diubah tempat ke Dewan Badminton Kg Setia Kuang.

maklumat lanjut hubungi Pn Nora di 012-3141620

Thursday, November 20, 2008

Pertandingan Karaoke 60an

Kuang
Hebahan terkini!!!!

Pertandingan Karaoke 60an, Mewarna untuk Kanak-Kanak & Facial produk Zana Beauty Care akan dijalankan seperti berikut:-

Tarikh : 22 November 2008 Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai Bandar Baru Kundang

Peminat karaoke dijemput menyertai karaoke ini. Pendaftaran seawal 9.30 pagi. Saringan dari pagi ke petang. Final pada sebelah malam....bawa keluarga anda bersama....untuk kanak-kanak ada pertandingan mewarna...untuk wanita ada produk facial drpd Zana Beauty Care.

Jangan lepaskan peluang ini!!! Datang beramai-ramai.

Program Akan Datang

22 Nov 2008 Ceramah Perdana
Tempat letak kereta bersebelahan Stadium Selayang

26 Nov 2008

Timb.Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor En.Abdullah Sani akan turun
ke Bahagian Selayang untuk bertemu AJK Bahagian.
Tempat akan dimaklumkan kemudian.

untuk makluman lanjut boleh hubungi Puan Setiausaha di talian 013-3970766 atau email pkr.selayang@gmail.com

Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2007-2010

Parti KeADILan Rakyat
Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2007-2010
Bahagian Selayang, Negeri Selangor

Ketua: Abdul Rahim b. Abdul Wahab
Timb.Ketua: Hj. Mazlan b. Hassan
Naib Ketua: Tengku Maraziyah bt.Tengku Sulaiman
Naib Ketua: William Leong Jee Keen
Naib Ketua: Gan Pei Nei
Setiausaha: Supiah bte. Suboh
Bendahari: Salasiah bte Disa
Ketua Penerangan:Mokhtar Razak bin Badri
Ketua AMK: Mohd. Izham b. Saparuddin
Ketua Wanita: Aminah bte. Md Yasin

Ahli Jawatankuasa:-

Ramli b. Rahmat
Azman b. Yusof
Mahmood b. Shariff
Roslee b. Mohd. Tahir
Abd. Majid b. Hj. Yaakob
Shaharudin bin Jemali
Asimah bte. Ayub
Md.Sabri bin Md.Taib
Salasiah bte Disa
Mohd Fairuz bin Khairuddin
Tan Took Yan
Fadhil bin Majid
Rosli bin Sharif
Sufian bin Abu Bakar
Ismail bin Sali
Aznita bte Abd Rahman
Mohd Rizal bin Khamis
Tamilkalai A/L Sendinathan
Azman bin Yaakob
Sri Daran A/L Sogkalingam

Wednesday, November 19, 2008

Jom Karaoke di BBK

Kuang
Sabtu 22 November 2008 akan diadakan pertandingan karaoke di Bandar Baru Kundang. Hadiah-hadiah menarik menanti peserta bertuah.
Semua peminat karaoke dijemput menyertai pertandingan ini.
Pendaftaran & saringan akan bermula seawal jam 10 pagi. Manakala pada sebelah malam akan diadakan peringkat akhir & penyampaian hadiah.

Untuk makluman lanjut hubungi sdr Amin di 019-3016781 atau Pn Nora di 012-3141620.

Tuesday, November 18, 2008

Mesyuarat PKR Dun Kuang 3

Dijemput hadir ke Mesyuarat kali ketiga PKR DUN Kuang pada 19 November 2008 di Dewan JKKK Batu Arang jam 8.30 malam. Semua AJK JDM diminta hadir memberi sokongan dan kerjasama.
Sekian, terima kasih.
utk maklumat lanjut hubungi Setiausaha sdr Azman di no.0173992647.

Sunday, November 16, 2008

Retro - Makan Malam










Berita, Aktiviti & Hebahan

Kuang
Webblog ini adalah blog rasmi Parti KeADILan Rakyat Bahagian Selayang. Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua ke dalam Parti KeADILan Rakyat dan webblog ini.

Sebarang berita, aktiviti dan/atau hebahan yang melibatkan parti dan masyarakat amnya adalah diterima di webblog ini tertakluk kepada budi bicara webmaster.

Sila hantar apa-apa berita, aktiviti & hebahan ke alamat emel berikut:-

pkr.selayang@gmail.com

Aktiviti DUN Kuang

Kuang
1 Nov 08 - Mesyuarat DUN Kuang di Kg Damai

5 Nov 08 - Mesyuarat Kedua DUN Kuang di Kg Setia

9 Nov 08 - Program Jom Sihat Senamrobik di Kg Setia

13 Nov 08 - Mesyuarat Ketiga DUN Kuang di Ladang Baharu

16 Nov 08 - Program Bengkel Jahitan & Kecantikan di Kg Setia

akan datang

19 Nov 08 - Mesyuarat Keempat DUN Kuang di Batu Arang


Minit Mesyuarat DUN Kuang

Kuang, 1 November 2008
Mesyuarat Parti KeADILan Rakyat DUN Kuang di Dewan JKKK Kampung Damai Kuang telah memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa DUN Kuang bagi memperkuatkan jentera parti bagi DUN Kuang terutamanya untuk mengadakan seberapa banyak aktiviti bagi terus berada dekat dengan rakyat di samping membantu mengukuhkan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) di DUN Kuang ini.

Untuk itu, mesyuarat sebulat suara menubuhkan Jawatankuasa DUN Kuang yang mana strukturnya adalah seperti berikut:-

Penasihat : En Abdul Rahim b Abdul Wahab (Ketua Bahagian)
Pengerusi : En Azman Yaakob
Timb. Pengerusi : En Hairul Allias b Shaari
Setiausaha : En Azman Yusuf
Bendahari : En Ahmad Zabidi
Ketua Penerangan : Cik Sabariah bte Duamin
Ketua Wanita : Puan Nora bte Osman
Ketua AMK : Tuan Yusof
AJK : Semua Ketua Ketua JDM & ahli-ahli yang hadir dilantik menjadi AJK


Program-Program Parti

Kuang.
Jawatankuasa DUN Kuang yang telah ditubuhkan pada awal November yang lalu telah mengorak langkah menganjurkan program-program Parti peringkat DUN dan JDM. Program pertama yang dibuat sebagai langkah pertama adalah acara Jom Sihat Senamrobik bersama Abg Jem di Padang Awam Kg.Setia, Kuang pada 9 November 08.

Program mingguan ini diteruskan pada minggu berikutnya melalui Program Bengkel Jahitan & Kecantikan anjuran Wanita DUN Kuang pimpinan Puan Nora Osman yang berjaya dilaksanakan pada 16 November 2008. Program ini juga mendapat sokongan YB Puan Rodziah Ismail, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan YB Angkat DUN Kuang.

Program-program mingguan ini akan diteruskan dengan kerjasama JDM JDM di DUN Kuang ini dan tempat serta program juga akan berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperluan setempat.

Saturday, November 15, 2008

Sunday, June 15, 2008