Wednesday, January 28, 2009

Gotong Royong

Kg.Gombak, Kuang
Pada 10 Januari 2009 yg lalu bertempat di Kg Gombak, Kuang telah berjalan acara sosial & khidmat masyarakat yang menekankan nilai-nilai murni dan saling tolong menolong. Program yg dimaksudkan adalah program bergotong-royong membersihkan dan mengindahkan Kg.Gombak.
Selain dapat mencegah penyakit bawaan nyamuk, gotong royong ini juga dapat mengeratkan tali perpaduan antara penduduk serta menunjukkan kpd rakyat bhw Pakatan Rakyat khususnya keadilan sangat komited dalam membela & menjaga kebajikan rakyat.

Sunday, January 4, 2009

Sinar Harian

Kuang, 5 Januari 2009
Akhbar suara cakna komuniti anda, Sinar Harian edisi Isnin 5 Januari 2009 ada menyiarkan berita bergambar program Bengkel Usahawan di mukasurat S9.
Manakala berita perlawanan akhir Piala Menteri Besar ada dimuatkan di muka surat S30 akhbar yang sama.
Terima kasih Sinar Harian.

Saturday, January 3, 2009

Gambar Gambar Final Piala MB

http://picasaweb.google.com/hairulallias/FinalPialaMenteriBesar

Laporan Final Piala Menteri Besar


Selayang, 3 Januari 2009

Bertempat di Stadium Selayang perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak DUN Kuang 2008 Piala Menteri Besar Selangor berlangsung meriah di antara pasukan Bandar Tasik Puteri FC (BTP FC) melawan pasukan Kg.Gombak, Kuang.

Perlawanan akhir antara dua pasukan yang berbeza usia di mana pasukan 'otai' BTP FC yang rata-rata pemainnya berusia lingkungan 40an bertemu pasukan muda Kg.Gombak nyata memberikan kepuasan kepada penonton dan penyokong yang hadir memenuhkan Stadium Selayang.

Perlawanan bermula garang dengan pasukan Kg.Gombak memperolehi jaringan awal melalui tendangan penalti yang dihadiahkan seawal minit pertama. Gol awal nyata menyentap tumpuan pasukan BTP FC yang sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan Kg.Gombak mendahului 2 - 0.

Walaupun bermain cantik dan mengawal permainan, ketinggalan 2 gol nyata menyukarkan BTP FC yang tertekan dengan serangan balas dan larian deras pasukan Kg.Gombak.Akhirnya, apabila wisel penamat ditiupkan, pasukan Kg.Gombak menang dengan jaringan besar 5 berbalas 1.

Hadiah-hadiah berupa Piala, wang tunai RM5,000.00 dan medal diberikan kepada pasukan Johan. Manakala Naib Johan menerima medal dan wang tunai RM3,000.00.Tempat ketiga yang dimenangi oleh Kg.Kuang menerima medal dan wang tunai RM2,000.00.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Tuan Amirudin Shari, ADUN Batu Caves yang juga Timbalan Pengerusi Exco Sukan Negeri Selangor.

Turut hadir memberikan hadiah adalah YB Tuan William Leong, MP Selayang yang hadir memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat DUN Kuang khususnya.

Turut serta adalah Encik Abdul Rahim bin Abdul Wahab, Ahli Majlis MPS yang juga Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Selayang bersama-sama Dato' Mazlan yang turut hadir memberikan sokongan.

Tahniah kepada pemenang!!Syabas kepada penyokong!!

Terima kasih dan tahniah pada Jawatankuasa Penganjur yang lama dan yang baru, khusunya sdr Amin yang berusaha menjayakan perlawanan akhir di Stadium Selayang ini.

Friday, January 2, 2009

Final Piala Menteri Besar

Perlawanan akhir kejohanan bolasepak Piala Menteri Besar Selangor anjuran Pakatan Rakyat DUN Kuang akan diadakan seperti berikut:-
tarikh: 3 Januari 2009
hari: Sabtu
Masa: 8 malam
Tempat: stadium Selayang
Perlawanan akhir adalah antara pasukan BTP FC melawan Kg Gombak FC. Semua dijemput hadir.

Karnival Rakyat 2009

KARNIVAL RAKYAT DUN KUANG 2009
28 Februari 2009
Padang Awam Kg.Setia, Kuang, Selangor Darul Ehsan
8.00 pagi - 11.00 malam
Pelbagai acara-acara menarik menanti anda. Ada acara kanak-kanak, acara wanita, acara lelaki & acara keluarga.
Acara Kanak-Kanak utk 9 tahun ke bawah adalah seperti berikut:-
mewarna, kerusi berirama, bawa bola dlm sudu, cari syiling dlm tepung, pancing botol & Phua Chu Kang (nak tahu...kena masuk laaa)
Acara Kanak-Kanak 10 tahun ke atas pula adalah:-
sampai mesej, makan buah lai, lari kaki tempurung, lari dlm guni & lari kaki tiga.
Acara Wanita pula adalah:-
jejak kasih, kerusi berirama, menganyam ketupat & lari dlm guni.
Ada juga acara tarik tali wanita. Hadiah utk tarik tali lumayan iaitu RM500.00 utk tempat pertama & RM300.00 utk naib johan.
Acara lelaki tak kurang hebatnya yakni:-
kerusi berirama, bolasepak berkain batik, sepak raga dlm bulatan & Kabadi.
Tarik tali lelaki pun ada.Hadiah lagi lumayan.RM700.00 utk johan. Naib johan pun banyak juga hadiahnya iaitu RM500.00.
Acara Keluarga pula menyaksikan acara-acara berikut:-
cari kasut isteri, cucuk jarum, kaki tiga pasangan, sambut bom air, pocong & suami solek isteri.
Selain itu, ada juga acara panjat tiang licin, teka kacang & karaoke 60an.

Acara-acara ini percuma KECUALI acara tarik tali wanita, tarik tali lelaki, panjat tiang licin, teka kacang & karaoke 60an.
Acara tarik tali wanita syaratnya mestilah 7 orang satu pasukan. Berumur 21 tahun ke atas. Yuran penyertaan adalah RM100.00 sepasukan.
Acara Tarik tali lelaki pula syaratnya mestilah 10 orang sepasukan.berumur 21 tahun ke atas.Yuran penyertaan adalah RM100.00. (Pasukan profesional dilarang masuk).
acara panjat tiang licin yuran RM5.00 setiap penyertaan, teka kacang yuran RM2.00 setiap penyertaan & karaoke 60an yuran RM20.00 setiap penyertaan.

Hadiah-hadiah menarik disediakan!
Terdapat pelbagai gerai jualan & pameran!!

Acara kemuncak pd malam karnival adalah ceramah perdana!!!

Sebarang pertanyaan / borang2 sila hubungi,
Pusat Khidmat Rakyat
No.5, Lot 2425, Jalan Kuang Bt 18,
49050 Kuang, Selangor.
Tel: 03-60385976 / 019-2212422 / 017-3992647
Fax:03-60385976
email: jdmbtp@gmail.com

*kami juga mengalu-alukan sumbangan, tajaan atau derma ikhlas drpd individu dan/atau syarikat yg pemurah;
**tertakluk kpd syarat-syarat & terma yg ditetapkan Jawatankuasa Penganjur.

Thursday, January 1, 2009

Usahawan Berjaya Yang Bergaya




Sdr Azman Yaakob, seorang usahawan berjaya memberikan ucapan alu-aluan pada Bengkel Usahawan Franchise.

Tahniah!!

Kuang, 1 Jan.09
Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur Bengkel Usahawan Franchise yang diadakan pada hari ini di Dewan JKKK Kg Setia, Kuang. Bengkel anjuran DUN Kuang dengan kerjasama JKKK dan JKP ini amat sukses dengan kehadiran ramai peserta yang berminat menjadi dan memajukan diri dalam bidang usahawan.
Ucapan Tahniah ini juga harus diberikan paling utama kepada Pengerusi Jawatankuasa sdr Azman Yaakob atas usaha gigih dan komited beliau menjayakan program ini.
Bengkel yang disertai oleh dua syarikat usahawan bumiputra yang berjaya ini berjaya menarik penduduk untuk hadir bersama-sama. Walaupun, sedikit lewat bermula ianya tidak menjejaskan mood dan semangat peserta-peserta yang datang dari seluruh Dun Kuang.
Penyertaan bank terkenal di Malaysia, Maybank cawangan Bandar Baru Sg Buloh juga menambahkan lagi kemeriahan dan membantu banyak usahawan dan bakal usahawan memahami selok belok perniagaan dan pinjaman.