Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Selayang dengan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua warga Malaysia khususnya penduduk di Bahagian Selayang. Moga tahun baru 2009 nanti akan membawa Harapan Baru yang yang membahagiakan semua rakyat Malaysia.
Tahun 2009 nanti juga Parti Keadilan Rakyat Bahagian Selayang akan bergerak lebih mantap dan hebat untuk mengadakan program-program untuk rakyat dan Parti khususnya.

SELAMAT TAHUN BARU 2009.

Mesyuarat Bahagian Selayang

Kuang,
Mesyuarat Bahagian Selayang pada 1/1/2009 jam 8.30 malam.
Tempat di Tingkat 1, No 6, Jalan 11, Selayang Baru (atas Kedai Foto Zoom).

Juga kempen derma darah pada 1/1/2009 ditangguhkan ke tarikh yang sama dengan karnival Rakyat Dun Kuang.

Sunday, December 28, 2008

Bengkel Usahawan Franchise

Kuang,

Bengkel Keusahawanan Dalam Sistem Franchise pada 1 Januari 2009 di Dewan JKKK Kg.Setia, Kuang jam 9.30 pagi. Modal, Produk, Latihan, A&P dan tapak disediakan. Berminat sila sms nama, no.k/p, atau hubungi sdr Azman Yaakob di 019-2212422. Cepat daftar!!! Tempat terhad..hanya 50 peserta terawal diterima!!

Menarik Sekitar Jalanthon 08



Peserta-peserta kategori Dewasa Perempuan menyaksikan penyertaan ramai. Anak kecil turut sama berjalan memeriahkan acara.

Menarik Sekitar Jalanthon 08


Dua peserta Jalanthon DUN Kuang kategori Wanita Dewasa

JALANTHON DI KUANG (Laporan)




Kg Chempedak, Kuang 28 Dis.08

Jalanthon DUN Kuang 2008 anjuran JDM Kg Gombak berjalan gemilang hari ini dengan penyertaan lebih seratus orang.
Upacara pelepasan peserta dirasmikan oleh YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang. Manakala, upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Puan Rodziah bt Ismail, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.




Tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Syabas kepada Jawatankuasa Penganjur yang berjaya melaksanakan program dengan jayanya. Moga-moga acara ini dapat dijadikan acara tahunan.

Wednesday, December 24, 2008

Karnival Rakyat 2008- ditangguh

Kuang,

Karnival Rakyat yg sepatutnya diadakan pd 1 Januari 2009 akan ditangguhkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
karnival Rakyat tersebut dijangka akan diadakan pd 8 Mac 2009 nanti.

Walaubagaimanapun, program pd 1 Januari 2009 tetap diteruskan dengan penganjuran "Bengkel Usahawan" dan kempen Derma Darah.

Penyertaan masih dibuka bagi golongan belia dan semua yang berminat untuk mendalami bidang usahawan dan perniagaan bagi menyertai bengkel tersebut.

sebarang maklumat boleh hubungi sdr Azman di talian 017-3992647 @ 019-2212422

JALANTHON DI KUANG

Kuang,

Satu program sukan jalan kaki "Jalanthon" anjuran PKR DUN Kuang kelolaan JDM Kg.Gombak akan diadakan pada 28 Disember 2008.

Acara akan bermula seawal jam 7 pagi.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk semua pemenang.

Tshirt percuma juga disediakan!!!

Penyertaan masih dibuka!!!

hubungi sdr Zabidi utk maklumat lanjut di no.012-2803717.

Ingat!!! Jalanthon di Kuang pd 28/12/08 nanti!!

Wednesday, December 3, 2008

Check out KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Hi,

I want you to take a look at : KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Check out KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Hi,

I want you to take a look at : KLM - Fill a Plane - Promote your plane

Mesyuarat KeADILan Dun Kuang 5

Kg.Setia

Mesyuarat Keadilan DUN Kuang yang kelima akan diadakan pada 4 December 2008 jam 8.30 malam di Dewan JKKK Kg. Setia, Kuang.

Semua AJK diwajibkan hadir.

Sunday, November 30, 2008

Sekitar Kongres Nasional 2008


Perwakilan Selayang bergambar kenangan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada YAB Dato MB

Perwakilan Selayang ke Kongres Wanita & AMK 2008


Wednesday, November 26, 2008

Karnival Rakyat 2008

Kg Setia

Karnival Rakyat 2008 akan menemui semua rakyat pada 1 Januari 2009 nanti di Padang Awam Kg Setia, Kuang.

Bermacam-macam acara menarik disediakan dari awal pagi hingga ke malam yang kemuncaknya adalah ceramah perdana.

Gerai jualan pelbagai barangan dan produk juga disediakan.

Kempen derma darah juga berlangsung pada hari yang sama di Balai Penghulu Kg Setia.

INGAT!! 1 Januari 2009 nanti. Jumpa di sanaaaaaa

Konvensyen Pakatan Rakyat

Kuang,

Konvensyen Pakatan Rakyat Parlimen Selayang

Tarikh: 3 Januari 2009
Tempat: Bukit Rahman Putra Golf Club
Dirasmikan oleh : YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Pengenalan
-----------
Menghadapi cabaran politik semasa yang semakin mencabar dan usaha mengekalkan kemenangan, satu usaha bersepadu haruslah diambil untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama di kalangan Parti Gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS & DAP.

Usaha ini haruslah dilihat dari perspektif yang lebih jelas dan skop yang luas dengan menghimpun dan mengumpulkan satu penyertaan yang besar dalam satu masa dengan perkongsian ilmu untuk terus berjuang dan menetapkan hala tuju perjuangan yang betul kepada setiap peserta yang akan menyertai konvensyen itu nanti.

Maka dengan itu satu usaha untuk merealisasikan perhimpunan yang dinamakan "KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT" haruslah dijadikan agenda berterusan dari masa ke semasa.

SIAPA WAJIB HADIR!
Semua pemimpin, AJK dan semua ahli PKR, PAS dan DAP di semua peringkat Bahagian dan Cawangan.

Daftar Segera!! Tempat Terhad!!

Bayaran pendaftaran hanya RM30.00 sahaja.

Pendaftaran dan pertanyaan sila majukan kepada:
Sekretariat Konvensyen Pakatan Rakyat
Pusat Khidmat Masyarakat,
No.5 Lot 2425,
Jalan Kuang, Bt 18,
49050 Kuang, Selangor.
Tel: 03-6156 6722 Fax: 03-6140 5416 (Azman) 019-221 2422

Pertandingan Tarik Tali Terbuka DUN Kuang

Kg Setia,

Pertandingan Tarik Tali Terbuka DUN Kuang 2008 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 14 Disember 2008
Jam: 9 pagi
Tempat: Padang Taman Tasik Biru

Hadiah wang tunai, Piala iringan serta lain-lain hadiah menarik disediakan.

Syarat-syarat umum:-
Yuran penyertaan sebanyak RM100.00 shj setiap pasukan.
Setiap pasukan hanya diwakili seramai 10 orang
Peserta berumur lebih 21 tahun
pasukan profesional tidak dibenarkan bertanding

Lain-lain syarat & borang pendaftaran sila hubungi:-
019-221 2422 (Azman)
013-338 4043(Salleh)

DAFTAR SEGERA!!

Mesyuarat KeADILan Dun Kuang 4

Kg Baru Kundang, 26 Nov 08

Bertempat di Dewan JKKK Kg Baru Kundang mesyuarat Parti KeADILan Rakyat DUN Kuang selamat dijalankan dengan kehadiran AJK yang berkurangan mungkin akibat hujan lebat di sepanjang hari.

Walaubagaimanapun, mesyuarat bersama JDM Pengkalan Kundang turut diadakan serta penyertaan JKKK Kg Baru Kundang sebelum mesyuarat bermula.

Respons positif diberikan pada perjumpaan kali ini dengan banyak pandangan dan pendapat diutarakan dan diberikan oleh JKKK Kg Baru Kundang serta wakil Pengkalan Kundang dan Bandar Baru Kundang.

Mesyuarat mingguan seterusnya akan diadakan pada Rabu 3 Disember 2008 di Dewan JKKK Kg Setia jam 8.30 malam.

Tuesday, November 25, 2008

Kongres Nasional 2008



Kongres 2008 akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dari 28-30 November. Karnival Rakyat akan diadakan sempena Kongres di perkarangan Stadium Melawati dari 10am - 10pm Orang awam juga boleh hadir perasmian kongres pada 29 November dari 10am - 1pm di Dewan Persidangan, serta Ceramah Ketua Umum dari 9pm - 11pm pada hari dan tempat yang sama.

Monday, November 24, 2008

Kongres Nasional

Kuang,
Kongres Nasional 2008 yg akan diadakan di Shah Alam hujung minggu ini bakal menyaksikan kehadiran paling tinggi berbanding tahun-tahun terdahulu.
Anda semua adalah dijemput hadir sebagai Pemerhati Luar bagi menyaksikan perjalanan Kongres kali ini.
Untuk DUN Kuang bas ada disediakan pada hari Kongres diadakan.

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha DUN sdr Azman Yusof di no. 017-3992647.

Friday, November 21, 2008

Penting!! Perubahan Tempat Program

Kuang,
Penting!! Maklumat baru diterima drpd Puan Nora bhw Program JDM Sg Serai & Desa Kundang akan diadakan di Dewan Badminton Kg Setia Kuang.
Diulang program Karaoke diubah tempat ke Dewan Badminton Kg Setia Kuang.

maklumat lanjut hubungi Pn Nora di 012-3141620