Sunday, July 5, 2009

Angkatannn??!!! MUDA!!

Shah Alam, 4-5 Julai tadi berlangsung Kursus Perdana Siri 1 Kepimpinan AMK Malaysia di Hotel Carlton Holiday. Program yang berlangsung meriah dan sukses ini dihadiri oleh ramai pimpinan muda di peringkat Cabang di seluruh negara. tahniah dan syabas kepada penganjur dan adalah menjadi harapan anak muda kursus kursus seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi bagi melatih dan membimbing anak muda PKR menjadi pejuang & pemimpin yang lebih teguh peribadi dan jiwa mereka.
Konsep ESQ yang diterapkan di dalam kursus ini amat memberi kesan yg positif kepada semua peserta untuk memperbaiki kelemahan diri dan seterusnya memajukan parti kita. Kesemua peserta amat berpuas hati dan gembira dengan kursus sebegini hingga ada yg tidak kisah jika disambung lagi satu hari. Tahniah pada semua peserta. Anda yg terbaik. Saya sayang anda!!

2 comments:

BoTak said...

ehh.. bagus la..

dulu kata UMNO diulit kemewahan bila buat kursus di hotel2..
tapi skrg ni buat kursus d hotel tak pula dikatakan di buai kemewahan..

Mybabah said...

Salam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar...